SALAM UKHUWWAH WA MAHABBAH ISLAMIYYAH drp Perantau Akhirah
[pictures deleted]
(khazinatul asrar - rahsia sgl krahsiaan, saamih ni 'ala kulli hal , inni al faqiirah ila ROBBIha)
di LARNACH CASTLE, Dunedin, New Zealand.
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamua’alaikum wbt,
Khas buat tatapan usrati yg tersayang, Chuna sekeluarga, Kak Gie sekeluarga, Kak Enn, K.Ayu dan ITQON Centre’s Family, Adik-adik (juniors yg bakal mneruskn pjuangan di IPBA), anak2 didikku yg kukasihi, ikhwah wa akhowatil habibah, dan tidak lupa jua, mujahid wa mujahidah Allah fi sabilillah..
Saudara-saudari yg ana rindui dan hormati sekalian,
Syukur kehadrat Ilahi dgn izin Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, maka pd saat ini tlh dkurniakn kesenggangan masa buat diri ana untuk menintakan sepucuk surat eletronik sbg tanda ingatan dan kasih sayang ana pd antum di Bumi Malaysia.
Alhamdulillah, setelah hampir 1/2 tahun mlayari bahtera khidupn di bumi Auckland, ana tlh dapat mnyesuaikn diri sepenuhnya dgn rencah kehidupan masyarakat bumi kiwi ini. Awlawiyat sekalian, barangkali sentuhan kalam tidak dapat mnandingi gambaran keindahan yang disaksikan oleh pancaindera seorang insan itu sendiri. Walaubagaimanapun, halangan sedemikian tdk akan memberati pundak ana untuk bkongsi serba sedikit cuitan rasa suka dan duka di rantau orang bersama antum -insyaAllah.
Bismillah, sebaik sahaja kaki ana membuka langkahnya yg pertama di Auckland yg juga dkenali sbg “City of Sails”, deruan angin sejuk terus menusuk jasad, disertai pula pancaran matahari yang menerjah kulit, yg rupa2nya menyengat dalam diam. Buat pengetahuan antum, Auckland, mrupakn bandar yang berangin sejuk dan kering serta mempunyai sinaran matahari yg amat berbahaya untuk kulit kerana lapisan ozonnya terlalu nipis bahkan ada di sesetengah bahagian kota, yg lapisan ozonnya tlh bocor. Ekoran itu, ana perlu memakai sunscreen/sunblock dan moisturizer sentiasa, setiap kali mlangkah keluar drp tempat kdiaman.
Menyentuh perihal “kediaman”, kumpulan ana (seramai 24 org- mixture of Malay, Chinese, Indian, and the Sarawakian and Sabahan) telah memilih untuk mnetap di “Railway Campus” yg letaknya lbh kurang 15 minit perjalanan (walking) drp kampus university, UNIVERSITY OF AUCKLAND. Sewa yg dikenakan atas kami adalah lebih kurang NZ$200 seminggu. Dan ia ialah sebuah “self-cook accomodation”. Pada minngu pertama, masakan harian akami cuma berlaukkan makanan laut, spt udang, sotong (squid ball), dan ikan (fishball, fillet, and Salmon) krn masih belum mngetahui lokasi tmpt di mana bekalan daging halal dpt diperolehi di sini. Alhamdulillah, kami survive!
Namun, hanya Tuhan yg tahu akan betapa diri ini amat dahagakan santapan rohani. Ana tidak mjumpai mana2 komuniti Muslim yg dpt mbantu ana dlm mencari sinar ISLAM di bumi asing ini sepanjang minggu orientasi. Sesungguhnya ana amat merindui masjid2, surau2, bahan2 bacaan agama, tazkirah, kuliah agama, suara azan, dan alunan ayat2 suci al Quran, pendek kata gema suara ISLAM di bumi Maori ini. Lemas rasanya hidup ini tanpa unsur-unsur tersebut. Saban waktu, diri ini mmohon kehadrat Ilahi agar tuntutan rohani ini dapat dipenuhi segera.
Syukur alhamdulillah, rintihan seorang hamba, akhirnya diperkenankan Tuhan Yang Maha Kuasa. Pada penghujung minngu orientasi, datanglah seorang ikhwanul Muslimin yg juga mrupakan pelajar tajaan Petronas (ajk nuqoba’ bg Muslimin) menghampiri diri ana yg pada ketika itu sdg berada di Kate Edger Information Commons. Beliau dan bbrp org rakan Muslimin telah sedikit sebanyak menghulurkan bantuan dr segi menunjukkan kpd ana dan sohabat lokasi surau kecil di City Campus area, mbawa kami mngenali komuniti Muslimah Malaysia, dan membantu mndapatkn bekalan daging halal bagi kumpulan kami.
Seterusnya mengenai kelab atau persatuan pelajar Muslim di University Of Auckland (UOA). Tdapat 2 buah psatuan Mahasiswa Muslim di UOA iaitu “Aal-El-Mahammad” di bawah pimpinan Bro. Reza Khatami (yg juga mrupakan persatuan yg majoritinya dianggotai pelajar bfahaman SYIAH) dan juga persatuan “Islamic Society” yg dipengerusikan oleh Bro.Sameer Youseef iaitu persatuan bg Sunni, Syiah, dan tbuka utk sesiapa shj, baik yg Muslim mahupun bg non Muslim yg bminat utk mngenali ISLAM. Sesungguhnya takdir tlh dtentukan oleh Allah SWT, ana dpertemukan dahulu dgn psatuan “Aal-El-Mahammad” tanpa mngetahui yg ia adalah psatuan pelajar SYIAH sehinggalah ana bersua dgn wakil “Islamic Society” beberapa jam kemudian, lalu hasil pbualan kami akhirnya, barulah ana maklum akan hal itu. Hasilnya, ana telah ter”sign” up dgn dua persatuan mahasiswa muslim serentak dlm masa sehari. Hampir setiap mlm, ana mmikirkn adakah ana tlh mngambil langkah yg betul atau sbaliknya? Barangkali inilah ujian Ilahi ke atas diri ana, barangkali ada hikmah yg tsirat dsebalik kjadian ini. Ana memohon kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui agar diperteguhkan kekuatan iman dan pegangan agama serta dijauhilah ia daripada digolak kegoyahan.
[pictures deleted]
(khazinatul asrar - rahsia sgl krahsiaan, saamih ni 'ala kulli hal , inni al faqiirah ila ROBBIha)
Alhamdulillah ‘ala kulli hal; syukur kehadrat Yang Esa, kini hampir 2bulan ana bgandingan dgn bbrp org rakan pelajar tajaan KPM (BPG), PETRONAS dan JPA giat meng imarahkan aktiviti usrah MUSLIMAH setiap hari sabtu fr 1.30.m. – 5/6 p.m. (once a week) di kediaman pelajar PETRONAS. Plus m’ngelolakn aktvt2 ‘ilmiyyah spt Program Picnic Muslimah Malaysia UOA 1 (d Albert Park) & 2 (di Davenport),Tayangan Perdana Fiqh Solat (gabungan Muslimin wa Muslimat), Bengkel: Islam, Semalam dan Hari Ini (Muslimah only), ISLAMIC Awarenes Weeks (8-14 August 05), Jaulah ke Mt.Rapehu dan Rotorua etc. Do’akanlh agar kami dikurniakan kkuatan oleh Robbul Jalil utk terus istiqomah dlm mnyemarakkan tarbiyah Islamiyyah fi ardillah. Amiin.
Manakala, tentang pjalanan kuliah dan tutorial, alhamdulillah jadual akademik ana tidaklah terlalu padat. Ana hanya mempunyai kuliah dan tutorial pada hari Isnin, Selasa, dan Rabu manakala hari Khamis bakal diisi dengan School Experience prog. iaitu ana akan mengadakan observation di salah sebuah New Zealand's High School di samping menjadi substitute teacher or teacher's assistor seterusnya FREE DAY for Friday .Biarpun jadual kelihatan tak terlalu padat dgn pjalanan kelas hanya 3 hari seminggu dan hanya perlu menduduki satu kertas peperiksaan pada penghujung semester ini...namun..ini tidak bmakna ana hanya boleh duduk bgoyang kaki shj...sbg galang ganti atas ksenggangan masa tersebut.. kami diberikan tugasan (assignments) hampir setiap minggu dan juga weekly test yg smmgnya tidak boleh dpandang ringan. Inilah dugaan hidup kami selaku siswa siswi di marhalah tarbiyah UOA ini. Mudah2n segala2nya berlangsung dgn jayanya.
Demikianlah sedikit sebanyak yg dapat ana ceritakan buat antum yg ana kasihi dan hormati sekalian. Buat usrati, I miss all of you very much. InsyaAllah, kakak akan berusaha bsungguh2, mlakukan yg tbaik, sgala curahan belaian kasih sayang, keringat, dan sbrg bentuk pengorbanan papa, mama, dan adik2 takkkan kakak sia2kan. Restuilah penghijrahan sementara kakak di perantaun; mudah2n berkat ‘ilmu duniawi dan ukhrawi yg dipatri sepanjang phidupan ini akan mnyuburkn lg syi’ar kakak utk mgapai title Mu’minah Mithali wa Muslimah Sejati fi duniawi wa ukhrawi. Amiin. Kakak saayang akan semuanya. Buat Chuna, K.Gie sekeluarga, K.Enn, K.Ayu dan family ‘ITQON’, ikhwah wa akhowatil ‘azizah, syukran jazilan ‘ala kulli hal, bsamalah kita mendoakan jalinan ukhuwwah wa mahabbah Islamiyyah yg kita pintal bersama akan terus utuh dan tak lapuk dek zaman. Ssungguhnya, Muslim yang menunjukkan kebaikkan kepada saudaranya adalah sahabat yang baik. Dan Muslim yang menunjukkan kesalahan saudaranya adalah sahabat yang paling baik. Bsamalh mnegakkan syi'ar dan da'awah Islamiyyah ke persada Agung. InsyaAllah.
Buat anak2 didik ana dan juniors ana yg ana ingati selalu, selamat bjihad di medan peperiksaan, bulatkan tekad untuk memenangi pjuangan itu dan optimislah dlm mbuat sbrg keputusan, jgn sesekali lokek utk bkongsi ‘ilmu sesama sohabat, insyaAllah berkat kemurnian hati kalian, kejayaan yg penuh barakah akan dapat antum gengam erat. Dan buat mujahid wa mujahidah Allah, teruskanlah istiqomah antum dalam agama Allah dan sunnah Rasulullah serta bersungguh2 mperjuang dan mngamalkan peraturan agama dalam kehidupan antum sehinggalah antum bjaya mnakluli hawa nafsu. Lestarikan roh Iman itu laksana raja yg bkuasa di dlm diri dan khidupan antum. GAMBATTE KUDASAI!
Sekian sahaja coretan ana pd lembaran eletronik kali ini. InsyaAllah..di masa mendatang kita akan bersua lagi.
Akhir kata, bersamalah kita tujukan seluruh hidup ini kpd keikhlasan dan keredhaan Allah SWT semata2. Mudah2n sekalian ‘amal perbuatan kita tidak akan tkeluar drp hujahtullah (tuntutal Al Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. dan terhindarlah kita drp mjadi golongan manusia yg suka mnimbulkan krosakan dan kekacauan di muka bumi Yang Esa ini. Amiin.
Wassalam.
Salam Sayang,
Ikhlas lillahi Ta'ala,
Bint Haji Yusof.
13 REJAB 1426H = 18th AUGUST 05. (WINTER)
Univ. Of Auckland, Auckland, NZ.
p/s: May Allah SWT bless the Ummah! Allahuakhbar! Wslm.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
YARHAMKUMULLAH! 
BARAKUMULLAHU 'ALA AHLI BAITUKUM WA MAALUKUM!
AMEEN.
WASSALAM.

Sesungguhnya UKHUWWAH itu INDAH, jika BERTEMU dan BERPISAH kerana ALLAH!

SYAHID ITU SUCI 2
In my life i learned how...2 love, 2 smile, 2 B Happy, 2 B strong, 2 work hard, 2 B honest, 2 B faithful, 2 forgive. But i couldn't learn how..2 stop missing you...ALLAH SWT! 
Assalamu'alaikum warahmatulllahi wa barakatuhu wa maghfiratuhu.
Puisi buat TEMAN 
Writer: b.remain anonymous
Muslimah yg gemar merenung kejadian yg berlaku & memerhati hikmah dengan mata hati. Jadilah
bravenet.com